Sesi persekolahan tahun ini telah dimulakan dengan minggu Orientasi pelajar yang telah diadakan selama seminggu, iaitu bermula 5 hingga 14 Januari. Program ini dimulakan dengan sesi suai kenal pelajar tingkatan 1 dan diakhiri dengan pelajar tingkatan 5.
Program ini telah diselia oleh Unit Kaunseling SMK Sungai Burong dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Murid. Banyak aktiviti yang telah dijalankan antaranya teknik belajar, teknik mendengar, ceramah disiplin sekolah, mengemas kini maklumat peribadi, explore race dan lain-lain.
Secara keseluruhan, minggu orientasi ini banyak memberikan manafaat kepada bukan sahaja pelajar baharu malahan pelajar lama. Program ini wajar diteruskan pada masa akan datang.Syabas dan tahniah pada pengelola program dan SELAMAT DATANG DAN KEMBALI KE SEKOLAH kepada semua pelajar SMK Sungai Burong !!!
No comments:
Post a Comment