Kementerian Pendidikan Malaysia

PELANCARAN PROGRAM AMALAN GURU PENYAYANG

Pada 1 Februari 2016 telah berlangsungnya Pelancaran Program Amalan Guru Penyayang 2016. Program ini merupakan program yang diadakan setiap tahun bagi menggalakkan kehadiran pelajar ke sekolah setiap hari. Antara objektif program ini ialah bagi menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.Selain itu, memberi peluang kepada guru untuk menjiwai guru penyayang dan membudayakankannya.

Pelancaran dimulakan dengan bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Ustaz Shuhaimi Bin Latif kepada bekas guru SMK Sungai Burong, iaitu Cik Hjh. Rokhalim bt. Taim yang telah kembali ke rahmatullah pada hari tersebut.

Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Tn. Hj. Ahmad Sa'ari bin Muhammad, Pengetua SMK Sungai Burong di hadapan pelajar SMK Sungai Burong. Sebagai simbolik perasmian, pelajar yang lahir pada Januari telah diberikan hadiah sebagai tanda ingatan daripada pihak sekolah.

Pelancaran yang dikelola sepenuhnya oleh UBK SMK Sungai Burong dan Unit Hal Ehwal Murid ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga amalan ini menjadi satu budaya yang berterusan bukan hanya berfakus kepada guru malahan menjadi amalan kepada murid-murid.Tahniah pada semua yang telah bertungkus lumus menjaya majlis pelancaran ini. Tahniah diucapkan sekali lagi!!










No comments:

Post a Comment