Kementerian Pendidikan Malaysia

PERSIAPAN DAN PERSEDIAAN PENILAIAN ANUGERAH SURAU IMARAH 2017





       Penilaian anugerah surau imarah yang telah berlangsung saban tahun merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia bertujuan untuk menzahirkan sumbangan yang boleh dilakukan oleh pihak pengurusan surau sekolah dalam membantu ke arah merealisasikan matlamat pendidikan islam iaitu melahirkan individu yang seimbang dari segi tuntutan duniawi dan ukharawi.

         Sehubungan ituu,pengurusan Surau Nurul Iman mengambil tindakan proaktif untuk bersama-sama pihak Pejabat Daerah Kuala Selangor mengambil bahagian di dalam Pertandingan Penilaian Anugerah Surau Imarah Tahun 2017.

         Pengurusan Surau Nuul Iman yang telah diterajui sendiri oleh Tuan Pengetua begitu komited berusaha agar niat murni yang dirintas oleh pihak Kementerian Pendidikan mampu mencapai matlamat seperti yang ditetapkan.

          Syukran jazilan kepada seluruh warga sekolah yang tidak pernah berputus asa untuk mencapai yang terbaik. Semoga segala usaha yang dilakukan secara berjemaah ini diberkati oleh Allah.


























RUANG PERSALINAN PEREMPUAN





TEMPAT WUDUK ( P )



TEMPAT WUDUK ( L )



No comments:

Post a Comment